RS125 & RS250 forum
 
HomeFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in

Share | 
 

 Trackday Tips & Info - Trackday Newbies baca peraturan Track kt sini!

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Club President
Tokey Moto
Tokey Moto


Posts : 1130
Join date : 2008-02-29
Location : Valencia,Sri Hartamas

PostSubject: Trackday Tips & Info - Trackday Newbies baca peraturan Track kt sini!   Sun Aug 09, 2009 3:29 pm

utk newbies yg baru nk berjinak-jinak ngan track kt Sepang...
bole refer kt sini..
Ok..
korang bole baca lama2 & ingat smp bila2 Info niii...







PERATURAN KESELAMATAN TRACK DAY


DILARANG KELUAR DARI GARISAN PUTIH SEMASA MEMASUKI LITAR!
Semasa mengeluar daripada pit dan memasuki litar, pastikan anda merapat kanan sehingga melalui Turn 1.
Motosikal-motosikal yang lain mendekati Turn 1 pada kelajuan melebihi 250KM/H. Jika anda keluar daripada garisan putih dari pit, anda mungkin akan dilanggar dari belakang pada kelajuan yang tinggi dan ini boleh menyebabkan cedera parah atau kematian kepada diri anda atau orang lain!


ikut line kanan sambil menoleh ke belakang & menuju terus ke T1


pastikan memasuki lane kanan sambil membelok terus ke T1


DILARANG BERHENTI DI LITAR ATAS APA-APA SEBAB,
walaupun seorang penunggang terbabas dan anda kenal penunggang tersebut; pekerja litar akan membantu beliau. Kembali ke pit untuk membaiki apa-apa masalah dan beritahu staf litar tentang mana-mana masalah di litar. Jikalau motosikal anda secara tiba-tiba berhenti di atas litar, berikan isyarat dengan mengangkat tangan dan dengan selamat bawakan motosikal anda ke zon selamat seperti di rumput. Ikut arahan pekerja litar. Berhenti di mana-mana atas litar adalah sangat bahaya. Anda mungkin boleh dilanggar dari belakang pada kelajuan yang tinggi dan ini boleh menyebabkan cedera parah atau kematian kepada diri anda atau orang lain.

JANGAN TERBABAS.
Meskipun, jika anda terbabas,

1. TUNGGU untuk pastikan yang anda dalam keadaan baik sebelum membangkit.
2. BERPALING kepada pekerja litar terdekat dan ikut arahan mereka.
3. Jika anda boleh lakukannya, bawa motosikal dan diri anda keluar daripada tapak di mana anda terbabas (jika di atas litar)
4. Jika anda CEDERA, jangan bergerak. TUNGGU untuk AMBULANCE sampai untuk membantu.

BERIKAN ISYARAT SEBELUM MENINGGALKAN LITAR (MEMASUKI PIT).
Rancangkan dari awal dan berikan isyarat dengan MENGANGKAT TANGAN sebelum meninggalkan litar - Pada selekoh yang terakhir atau kedua terakhir sebelum susur keluar ke pit, angkatkan tangan. Semasa mendekati susur keluar tersebut, gerak dengan perlahan ke belah kanan litar dan rapat dengan hujung litar. Turunkan kelajuan semasa mendekati susur keluar sehinggalah anda tiba dengan selamat kedalam pit. Sebaik sahaja anda telah memberi isyarat untuk mengeluar litar, anda DILARANG SESAMA SEKALIuntuk mengubah fikiran dan memasuki garisan melumba. Jika anda tidak memberi isyarat dan keluar dengan selamat, anda mungkin akan dilanggar dari belakang pada kelajuan yang tinggi dan ini boleh menyebabkan cedera parah atau kematian kepada diri anda atau orang lain.

JANGAN BERGERAK MENGHALA KE ARAH LAWAN TRAFIK PADA BILA-BILA MASA.
Jika anda tidak dapat/sempat/terlepas susur ke pit, teruskan sahaja untuk membuat satu lagi pusingan untuk peluang memasuki pit.

JANGAN PUSING MASUK KEDALAM PIT DARI PENGHUJUNG JALAN LURUS HADAPAN.
Jika anda sedang bergerak dalam laluan pit dan perlu kembali ke garaj, masuk paddock di hujung laluan pit atau masuk ke garaj yang tidak digunakan dan kembali ke garaj anda.

MEMOTONG HANYA JIKA IANYA SELAMAT.
Jika anda tidak pasti jika anda boleh memotong seseorang penunggang dengan selamat atau tidak, JANGAN CUBA MEMOTONG. Penunggang yang MEMOTONG adalah yang bertanggungjawab untuk membuat sesuatu potongan yang SELAMAT. Penunggang yang sedang dipotong patut memberi laluan kepada penunggang yang sedang memotong. Jangan menukar haluan secara tiba-tiba untuk memberi laluan kepada penunggang yang memotong. Pastikan anda pegun haluan supaya mereka boleh memotong dengan selamat. Jika anda terganggu dengan seorang penunggang atau sekumpulan penunggang dihadapan anda, masuk pit selama 30 saat, kemudian masuk balik ke litar.

PANASKAN TAYAR UNTUK 2 KE 3 PUSINGAN.
Mulakan dengan perlahan dengan membaringkan motosikal anda dengan sedikit semi sedikit dan kemudian lebih banyak diikuti dengan kelajuan yang tertentu. Bersabar, ia adalah perkara yang tidak diingini untuk membabas pada pusingan pertama hanya kerana anda tidak dapat bersabar untuk memanaskan tayar. Mencuba bergerak laju menggunakan tayar sejuk (cold tires) adalah punca utama berlakunya babasan di trackday.

RAMALKAN DAN BERIKAN ISYARAT DENGAN MENGANGKAT TANGAN SEBELUM MEMBUAT APA-APA YANG TIDAK BIASA.
Apabila mendekati sesebuah selekoh, pastikan anda jangan keluar dari garisan anda. JANGAN keluar garisan anda meskipun secara tidak sengaja dan cuba kembali balik ke dalam selekoh secara tergesa-gesa. IKUT SAHAJA pusingan dan dengan perlahan masuk balik kedalam selekoh. Jika anda (i) dapat melihat sesebuah bendera kuning atau bendera merah, (ii) perlu perlahankan motosikal di tempat yang tidak biasa atas sebab-sebab yang lain, atau (iii) perlu buat apa-apa perkara lain yang tidak dapat diramalkan, angkatkan tangan anda untuk memberi isyarat yang anda akan memperlahankan motosikal anda atau akan membuat sesuatu yang tidak biasa SEBELUM melakukannya. Penunggang di belakang anda mungkin tidak dapat atau tidak perasan akan bendera atau masalah anda; jika anda secara tiba-tiba memperlahankan motosikal sebelum memberi isyarat, anda mungkin akan dilanggar dari belakang.

BERSIKAP BERWASPADA SEMASA DI DALAM PIT.
Jangan terlalu laju semasa dalam pit atau paddock. Had kelajuan adalah 15KM/H atau IDLE dalam gear pertama. Berpaling kebelakang dan pastikan laluan dihadapan selamat sebelum memasuki laluan pit. Gunakan laluan travel untuk melalui pit sehinggalah anda sampai ke garaj anda. Pastikan anda AWAS dan pastikan kelajuan rendah semasa dalam paddock.

LETAKKAN MOTOSIKAL HANYA DALAM GARAJ PIT TERTUTUP.
Jangan letakkannya di laluan pit.

JANGAN LAKUKAN APA-APA AKSI LAGAK PADA BILA-BILA MASA, MANA-MANA TEMPAT DI KAWASAN LITAR.
Dilarang membuat wheelie, stoppie, burnout, skids atau aksi-aksi lain dengan sengaja.

TUNGGANG DENGAN SELAMAT DENGAN KEBOLEHAN DIRI SENDIRI.
Menunggang dengan laju adalah merbahayakan, dan itu adalah sebab mengapa ia adalah haram di mana-mana tempat selain daripada litar. Walaupun dengan kehadiran persediaan motosikal yang cukup, pakaian yang sesuai, dan sikap mental yang sesuai; manfaat menggunakan litar iaitu 'run-off areas' dan ketidahkadiran trafik jalan raya mengurangkan risiko menunggang dengan laju, salah satu risiko yang anda atau penunggang yang lain tetap perlu menanggung iaitu sesebuah kesilapan kelakuan tidak dapat dihapuskan.

KENALI BENDERA-BENDERA DAN LAMPU ISYARAT KESELAMATAN DAN APA MAKSUDNYA:


HIJAU - LITAR DIBUKA!

KUNING - AWAS, TIDAK DIBENARKAN MEMOTONG. Ini mungkin akan dikibarkan atau pegun. Awas, kurangkan kelajuan anda dengan selamat supaya anda berada dalam had kawalan motosikal anda; ini tidak bermakna anda perlu berhenti atau dengan secara tiba-tiba memperlahankan motosikal. JANGAN POTONG penunggang yang lain, dan awaskan diri untuk masalah yang mungkin di hadapan. Litar akan tetap dibuka, tetapi ada sesuatu perkara yang boleh menyebabkan gangguan atau masalah. Jika bendera kuning dikibarkan, masalah atau perkara tersebut adalah dihadapan. Memotong dan menyempurnakan kelajuan yang tinggi adalah tidak dibenarkan sehingga anda telah melepasi (a) kawasan terlibat, (b) sesebuah bendera hijau atau (c) stesen bendera seterusnya dimana bendera KUNING tidak ditunjuk. Sesebuah contoh untuk situasi dimana bendera KUNING ditunjukkan adalah sebuah penunggang yang telah terbabas dan sedang dipindahkan keluar daripada 'run-off area'

KUNING/JALUR MERAH - OBJEK BAHAYA DI ATAS PERMUKAAN LITAR DIHADAPAN. Ini mungkin merujuk kepada minyak, coolant, atau air hujan, knee slider, atau sesuatu objek yang terjatuh daripada sesebuah motosikal. Awas dan bersedia untuk mengelak objek tersebut.

MERAH - LITAR DITUTUP, mungkin disebabkan oleh kebabasan atau objek bahaya yang lain yang perlu dibersihkan. Berikan isyarat dengan mengangkat tangan anda semasa anda dapat lihat bendera MERAH, turunkan kelajuan dengan SELAMAT, AWAS untuk apa-apa perkara atau objek yang bahaya dan keluar litar dan masuk ke pit. MEMOTONG TIDAK DIBENARKAN.

HITAM - BARANGKALI ADA MASALAH PADA ANDA ATAU MOTOSIKAL ANDA. Jika bendera HITAM ditunjuk pada anda, bermakna ada sesebuah perkara atau masalah pada anda atau motosikal anda yang staf litar dapat lihat dan mungkin menjadi perihal keselamatan. Berikan isyarat dengan mengangkat tangan. Dengan perlahan tinggalkan garisan melumba anda jika berlaku sesuatu kebocoran. Bila ia selamat dan masa sesuai, periksa motosikal anda. Setelah selesai, jikalau boleh, kembali ke pit dan tanya staf litar apakah masalah yang dihadapi pada awal tadi.

"Majulah Sukan Untuk Diri Sendiri"? ?


Last edited by Club President on Mon Aug 10, 2009 1:57 pm; edited 2 times in total
Back to top Go down
View user profile
tartputat
naik moto 50cc
naik moto 50cc


Posts : 47
Join date : 2009-07-05
Age : 31

PostSubject: Re: Trackday Tips & Info - Trackday Newbies baca peraturan Track kt sini!   Sun Aug 09, 2009 5:40 pm

Back to top Go down
View user profile
wira_kejam 2
naik moto 500cc
naik moto 500cc


Posts : 1047
Join date : 2009-05-20
Age : 34
Location : Alam kayangan

PostSubject: Re: Trackday Tips & Info - Trackday Newbies baca peraturan Track kt sini!   Sun Aug 09, 2009 9:09 pm

bgs2..
Back to top Go down
View user profile
Guest
Guest



PostSubject: Re: Trackday Tips & Info - Trackday Newbies baca peraturan Track kt sini!   Sun Aug 09, 2009 11:45 pm

baru abis katam... Laughing

tq chip..
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Trackday Tips & Info - Trackday Newbies baca peraturan Track kt sini!   Today at 12:31 am

Back to top Go down
 
Trackday Tips & Info - Trackday Newbies baca peraturan Track kt sini!
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» 90s trackday at cadwell
» Taking road trip to alaska any advice/tips/info
» Lil Coffin magazine info needed
» Saturday 7th May 2011 Knockhill, Sessions, 90
» startrax.info

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Aprilia Club RS :: Sport Discussion :: MSS & Track Day-
Jump to: